Bercakap kepada Harian Metro hari ini berhubung kontrovers tersebut, Feeya mengakui terkejut dan berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya memang bersesuaian dengan konsep MLM.
“Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi. Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."
"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."
Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan.“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.
“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.”
“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila."
0 Response to "Punggung seksi Feeya Iskandar dikritik peminat di MLM"
Post a Comment