PETALING JAYA: Aksi sumbang antara artis dan peminat dalam sesebuah acara hiburan bukan perkara baharu, namun kontroversi yang berlaku dalam penganjuran sebuah konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, persembahan membabitkan penyanyi-penyanyi tempatan sebelum ini juga pernah berlaku insiden peluk dan sebagainya.
“Kita kena lihat semula mengapa perkara ini berlaku. Memang adegan itu (di pentas konsert) adalah salah. Tetapi cuba kita lihat adegan-adegan yang sama atau lebih kurang sama dipertontonkan dalam drama dan program televisyen.
“Jadi, kita juga kena lihat dan timbang semula setiap penyiaran di televisyen yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kita sendiri kena faham budaya dan nilai-nilai orang Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.
Acara hiburan di negara ini sebelum ini pernah menyaksikan aksi peminat fanatik yang berani memeluk dan mencium artis kesayangan mereka seperti Anuar Zain termasuk penyanyi dari Indonesia, Afghan sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu memberitahu jabatan itu telahpun menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam sejak 2007, sebagai perhatian dan rujukan kepada agensi dan penganjur program.
Namun kontroversi yang melanda konsert kumpulan K-Pop dipersoalkan sama ada garis panduan itu dirujuk pihak penganjur malah penganjurannya tidak dirujuk kepada Jakim.
Selepas video aksi peminat bersama ahli kumpulan K-Pop menjadi viral di laman sosial, kini ramai di media sosial mula membangkitkan tentang perbuatan seumpamanya yang pernah berlaku sebelum ini di kalangan peminat ketika penganjuran majlis yang melibatkan artis tempatan dan dari negara jiran.
Mas Ermieyati berkata, semua pihak seharusnya membuat penilaian dan membuat perubahan lebih baik dengan melihat perkara yang berlaku dalam pelbagai aspek.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak terutama penganjur dan peminat perlu lebih berhati-hati menjaga sensitiviti masyarakat negara ini dengan mematuhi garis panduan bagi memastikan penganjuran acara itu dapat dikawal dan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.
“Bagaimanapun, janganlah kita semua menjadikan perkara yang berlaku bertambah buruk. Jangan ada pihak menunding jari menyalahkan satu sama lain, tidak kira kerajaan, penganjur atau peminat.
“Sebaliknya, kita melihat bagaimana cara untuk membendung perkara ini. Kita perlu beri kefahaman, kesedaran dan mendidik generasi muda," katanya

Anuar Zain merupakan antara penyanyi tempatan yang terpaksa berhadapan dengan situasi dipeluk peminat fanatik ketika melakukan persembahan. |
Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.
Acara hiburan di negara ini sebelum ini pernah menyaksikan aksi peminat fanatik yang berani memeluk dan mencium artis kesayangan mereka seperti Anuar Zain termasuk penyanyi dari Indonesia, Afghan sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu memberitahu jabatan itu telahpun menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam sejak 2007, sebagai perhatian dan rujukan kepada agensi dan penganjur program.
Namun kontroversi yang melanda konsert kumpulan K-Pop dipersoalkan sama ada garis panduan itu dirujuk pihak penganjur malah penganjurannya tidak dirujuk kepada Jakim.
Selepas video aksi peminat bersama ahli kumpulan K-Pop menjadi viral di laman sosial, kini ramai di media sosial mula membangkitkan tentang perbuatan seumpamanya yang pernah berlaku sebelum ini di kalangan peminat ketika penganjuran majlis yang melibatkan artis tempatan dan dari negara jiran.
Aksi seorang peminat fanatik yang berani mencium Afghan sewaktu penyanyi dari Indonesia itu membuat persembahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
Mas Ermieyati berkata, semua pihak seharusnya membuat penilaian dan membuat perubahan lebih baik dengan melihat perkara yang berlaku dalam pelbagai aspek.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak terutama penganjur dan peminat perlu lebih berhati-hati menjaga sensitiviti masyarakat negara ini dengan mematuhi garis panduan bagi memastikan penganjuran acara itu dapat dikawal dan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.
“Bagaimanapun, janganlah kita semua menjadikan perkara yang berlaku bertambah buruk. Jangan ada pihak menunding jari menyalahkan satu sama lain, tidak kira kerajaan, penganjur atau peminat.
“Sebaliknya, kita melihat bagaimana cara untuk membendung perkara ini. Kita perlu beri kefahaman, kesedaran dan mendidik generasi muda," katanya
0 Response to "Aksi Sumbang Ketika Konsert Bukan Perkara Baharu – Puteri Umno"
Post a Comment