Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dine, 21, berkata, dia ke gerai berkenaan bersama empat saudaranya kira-kira jam 3.20 petang untuk menghilangkan dahaga.
Mangsa terus menikmati minuman yang dipesan tanpa menyangka terdapat hidangan tambahan dalam minuman terbabit.
Selepas beberapa kali mencedok minuman ke mulut, Dine mendakwa terlihat ada objek berwarna hitam dalam mangkuk tersebut.
“Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga,” ceritanya kepada Sinar Harian.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Dine segera menunjukkan mangkuk cendol berisi lipas kepada peniaga namun aduannya tidak dilayan.
Lebih dikesalkan peniaga itu hanya ketawa sebelum menyuruhnya jangan berbuat bising.
“Saya kecewa dengan reaksinya, anak peniaga itu pula mengugut akan memanggil gengnya jika saya tidak berhenti buat bising di gerainya,” katanya.
Kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Dine beredar dari gerai tersebut apabila anak peniaga itu mula menunjukkan kekasaran.
Dine membuat laporan kepada Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta pihak berkuasa tempatan itu melakukan pemeriksaan kebersihan di gerai tepi jalan bagi mengelak insiden berulang.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihak majlis akan melakukan siasatan terhadap aduan tersebut.
“Sekiranya didapati ada berlaku pelanggaran syarat-syarat kesihatan, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya
Sumber mynewshub.cc
0 Response to "Kesal Peniaga Hanya Ketawa Mangkuk Cendol Berisi Lipas "
Post a Comment