Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ADIDAS ONE UTAMA PULA BUAT HAL SURUH PEMOHON BUKA TUDUNG UNTUK BEKERJA


Sebelum ini kita dikejutkan kes anak Dato Rosyam yang dipaksa membuka tudung oleh syarikat Hamleys jika hendak bekerja  di syarikat tersebut yang mendapat kecaman dari pelbagai pihak dan rakyat Malaysia sehingga pihak Hamleys tampil memohon maaf dan membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Kali ini kes tersebut berlaku lagi, dimana seorang gadis yang menggunakan nama Facebooknya sebagai Fatin Diana yang meluahkan perasaan tidak puas hatinya apabila telah bertanyakan kerja kosong di Adidas One Utama.


Namun jawapan yang tidak disangka olehnya apabila dikatakan pihak Adidas One Utama meletakkan Syarat perlu membuang tudung mereka akan ambil beliau bekerja.

Nampaknya banyak lagi pihak kedai yang tidak serik dengan keadaan ini. Kita sebuah negara Islam sepatutnya melakukan diskriminasi dalam hal ini kerana kedai tersebut adalah kedai kasut bukan pusat karaoke ataupun kelab malam.

Apapun kita tunggu jawapan balas pihak Adidas mengenai perkara ini.

0 Response to "ADIDAS ONE UTAMA PULA BUAT HAL SURUH PEMOHON BUKA TUDUNG UNTUK BEKERJA"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *