Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Iesya Toh Pecat Pengurus Gara-Gara Cubaan Dicabul...

















Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.
iesya-toh
“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu.”
Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.
“Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi. Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi,” katanya.
Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.
“Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia. Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu,” katanya.
Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.
“Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang,” katanya.
Iesya sibuk buat persiapan kahwin Sebelum ini, Iesya sering digosipkan menjalinkan hubungan dengan golongan kenamaan mahupun VIP. Namun, semua gosip dan kontroversi yang melanda diri tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Hakikatnya hati pengacara manis ini sudahpun dimiliki seorang jejaka yang dikenali lebih setahun lalu.
“Si dia bekerja sebagai kontraktor dan berusia 35 tahun dan kami sudah merancang untuk terus bernikah pada Mei ini di Masjid Angkasapuri. Insya-Allah, majlis resepsi pula dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya,” katanya.
Bercerita lanjut perkembangan karier seninya, Iesya yang turut tersenarai dalam pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 turut tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan nyanyian.
Terbaru, mini showcasenya turut mendapat sambutan hangat daripada peminat di Hard Rock Cafe Melaka pada September tahun lalu. Antara lagu disampaikan ialah Kaulah Segalanya, Menghitung Hari, I will survive, Akhirnya Kini Pasti dan Gadis Dan Bunga.
Apa yang menarik, Iesya juga membuat ‘tribute’ buat ibu saudaranya, Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini menerusi lagu seperti Hapuslah Airmata mu, Terbang Helang, Kenangan manis di bulan September dan Seiring dan Sejalan.
Selain itu, dia turut membuat ‘tribute’ untuk idolanya Whitney Houston dengan lagu seperti Saving My Love For You, I Have Nothing dan I will Always Love You.
Manakala, dalam segmen terakhir pula, Iesya memilih untuk menyampaikan lagunya sendiri iaitu Anak Adam, Semanis Janji dan Kasih dengan iringan ‘live band’ kumpulan Klutz dari Singapura.
Sebelum ini, dia pernah buat ‘showcase’ di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (2011) dan Hard Rock Cafe Pulau Pinang (2012). Album sulungnya berjudul Impian bukan saja mendapat sambutan di Singapura, sekali gus lagu Semanis Janji yang dipertaruhkan turut menjadi lagu tema drama bersiri tempatan di sana.

0 Response to "Iesya Toh Pecat Pengurus Gara-Gara Cubaan Dicabul..."

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *