Hari minggu kami dibanjiri dengan foto-foto live update Bridal Shower Sharifah Sakinah. Bukan main meriah lagi.
Kalau selebriti lain meraikan hari-hari terakhir sebelum bergelar isteri bersama kawan-kawan di restoran mewah, bilik hotel 5 star dan sebagainya, tapi Sakinah nampaknya sudah meletakkan satustandard yang mungkin bakal menjadi ikutan oleh orang lain.
12 Dayang Cantik Jelita
Amboi, kami rasa macam tengok pertunjukan ratu cantik dan perhimpunan perempuan-perempuan jelita pula bila tengok live update di Instagram Sakinah ni. Antara rakan selebriti yang turut menjadibridesmaid Sakinah ialah Siti Saleha, Nabila Huda, Elfira Loy, Marsha, Nad Zainal, Sherry Al Hadad dan ramai lagi.
Sakinah dibuli dari KLIA2 ke Bali
Mungkin ada yang beranggapan Sakinah berlebih-lebihan dan sengaja mencari perhatian umum apabila mengenakan veil dan sarung tangan putih seakan-akan pengantin yang lari di KLIA2.
Tapi sebenarnya itu adalah game yang dirancang oleh Marsha, Elfira dan rakan-rakan lain untuk membuli Sakinah. Almaklumlah, dah nak jadi isteri orang kan? Bila lagi nak bergurau kasar sikit sebelum bakal pengantin kahwin.
Seronok betul kami tengok Sakinah dan bridesmaid dah sampai di Bali. Siap ada aktiviti di tepi swimming pool lagi. Have fun, girls! Untuk kita yang tak bercuti ke mana-mana ni, jom cuci mata tengok gambar-gambar diorang kat bawah ni. Mari jealous bersama-sama.
0 Response to "Foto : Sharifah Sakinah & Gadis-Gadis Hot Tepi Kolam"
Post a Comment