Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Pihak Agama Berjaya 'Menangkap' Salah Seorang Gadis yang di Peluk K-Pop?


Nampaknya kontroversi yang melibatkan aksi peluk dan cium kumpulan K-Pop, B1A4 dan gadis-gadis bertudung di Malaysia turut mendapat perhatian oleh pihak media Korea Selatan.
Portal hiburan Soompi.com dan Koreaboo.com adalah antara media yang melaporkan mengenai insiden tersebut dengan tajuk, ‘B1A4 Criticized for Getting Too Friendly with a Fan during Fan Meeting in Malaysia (B1A4 Dikritik Kerana Terlalu Mesra Ketika Bertemu Peminat di Malaysia)’ dan ‘Malaysian media and netizens strongly criticize Muslim fans for hugging B1A4 during concert (Media Malaysia dan netizen kritik peminat Muslim kerana memeluk B1A4 sewaktu konsert)’.
kpop 1
kpop 2
Laporan media Korea mengenai kontroversi peluk cium melibatkan kumpulan K-Pop dan gadis bertudung Malaysia.
Secara tidak langsung, ia turut menimbulkan persoalan mengenai ‘salah siapa’ di kalangan netizen di negara itu.
Dcole, salah seorang netizen menulis:
“Saya tak faham kenapa mereka (B1A4) disalahkan dalam hal ini. Peminat tersebut sudah diberitahu berkali-kali mengenai apa yang akan dilakukan dan mereka memberi keizinan. Dia boleh menghalang B1A4 daripada menciumnya.”
Gadis-gadis tersebut kini sedang dijejaki oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan kertas siasatan insiden tersebut sudah dibuka mengikut Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayag Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
Mungkin inilah akibatnya jika terlalu teruja dengan dunia K-Pop sehingga lupa akan batasan agama.
Tak pasal-pasal gadis-gadis ini pula yang menjadi ‘selebriti’ di Korea Selatan… 

0 Response to "Pihak Agama Berjaya 'Menangkap' Salah Seorang Gadis yang di Peluk K-Pop?"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *