Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Hanya Tuhan Saja Tahu Perasaan Mangsa Di Saat2 Ini : Perkongsian Saat2 yang paling menakutkan mangsa banjir ketika berada dalam SMK Manik Urai

KEADAAN SMK Manek Urai yang ditenggelami banjir minggu lalu.
Kuala Krai: "Bangunan sekolah memang bergegar seperti mahu runtuh ketika itu. Ia sangat menakutkan apabila dikenang kembali," kata Wan Zainab Wan Ismail, 54, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, di sini.


Ketika ditemui kelmarin, Wan Zainab masih menghuni pusat berkenaan berikutan rumahnya di Kampung Manek Urai Lama tidak boleh diduduki lagi.

Menurutnya, kejadian mengerikan itu berlaku berkali-kali bermula 23 Disember menyebabkan dia trauma dan sukar tidur malam.

"Ia seperti menghantui saya. Bayangkan kami sedang berehat di aras bawah sekolah, tiba-tiba air naik mendadak secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai setengah jam.

"Kami semua lari bertempiaran ke tingkat satu untuk menyelamatkan diri apatah lagi malam itu hujan lebat.


0 Response to "Hanya Tuhan Saja Tahu Perasaan Mangsa Di Saat2 Ini : Perkongsian Saat2 yang paling menakutkan mangsa banjir ketika berada dalam SMK Manik Urai"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *