Rozana, 36, hadir bersama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif terlebih dahulu hadir ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 3 petang untuk membuat aduan sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Nor Azmi berkata, dia bersama anak guamnya hadir untuk membuat aduan dan semakan mengenai pengesahan sijil perakuan nikah antara Rozana dan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, yang dipercayai palsu.
Beliau berkata, pihaknya tampil ke Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk membuat aduan dan semakan selepas sijil perakuan nikah yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sebelum ini didapati tidak didaftarkan.
Menurutnya, pihaknya menerima surat daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat perakuan nikah anak guamnya tidak didaftarkan.
0 Response to "Pendedahan Sebenar Rozana Isteri Awie Yang Ternyata Mengejutkan !!"
Post a Comment