Azmin Oh Azmin....
Nampaknya ini kes silap puji. Asalnya memang ramai yang menduga ia satu kejayaan besar bagi Azmin Ali yang baru menjadi Menteri Besar Selangor selesaikan isu 300 naskah Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas dari Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari lalu.
Kalangan pimpinan pembangkang yang sebelum ini mendesak agar Bible yang dirampas itu dipulangkan segera tanpa usul periksa terus beri 'tabik hormat' kepada Azmin.
Mereka melihatnya sebagai satu kejayaan besar Azmin berbanding bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwa lembab menyelesaikan isu berkenaan.
Azmin sendiri yang ditemui wartawan di majlis lain kemudian enggan mengesahkan atau menafikan samaada beliau yang memainkan peranan memecah kebuntuan isu Bible itu.
“Tidak perlu untuk saya berkata apa-apa. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik,” katanya.
Bagaimanapun kemudian timbul pula cerita yang memetik sumber Istana bahawa berkenaan selesai tanpa penglibatan mana-mana ahli politik.
Ikut ceritanya ia diuruskan sepenuhnya oleh pembantu yang dipercayai dan rakan-rakan Sultan.
Selepas itu isu berkenaan senyap begitu saja tanpa jawapan pasti.
Akhirnya kisah sebenar muncul jua.
Sultan Selangor dalam satu interbiu dengan akhbar The Star yang disiarkan Khamis sempena hari keputeraan Baginda mengesahkan tiada orang politik terlibat dalam penyelesaian isu yang kontrovesial itu.
"Betul,saya tidak mahu melibatkan orang politik,"kata Baginda.
Menurut Baginda isu itu sudah berlarutan terlalu lama." Dalam mencari penyelesaian kita mahu cari tanda titik...bukan koma,"kata Baginda.
Sultan Selangor berkata Baginda telah berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sementara beberapa pembantu senyap-senyap menghubungi pemimpin Persatuan Gereja-gereja Sarawak ( ACS).The Ruler said he consulted the Selangor Islamic Council (Mais), while a few of his aides made discreet calls to leaders of the Association of Churches in Sarawak (ACS).
Sekalipun sudah selesai,Baginda menegaskan Pertubuhan Bible Malaysia telah melanggar undang-undang agama negeri itu kerana Bible yang dirampas itu telah dicetak di Selangor.
Sementara itu berbeza dengan masa lampau senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor pada Khamis telah mencuri perhatian.
Ini kerana didapati nama Azmin tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima bintang kebesaran.
Sebaliknya dua Ahli Exco Kerajaan Negeri dari PAS yakni Iskandar Abdul Samad yang juga Persuruhjaya PAS Selangor dan Dr Ahmad Hairi menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Dalam interbiu berkenaan,Sultan Selangor juga memberitahu Baginda terkejut bila mendapat tahu mengenai Langkah Kajang untuk tukar Khalid sebagai Menteri Besar.
Baginda menilai pilihanraya kecil Kajang satu pengkhianatan keatas pengundi di situ kerana baru setahun saja pilihanraya umum diadakan.
Sultan Selangor juga kata Baginda tidak melanggar perlembagaan negeri dalam menangani isu jawatan Menteri Besar.
Baginda juga mengakui asalnya terkejut kerana PKR sendiri menolak Azmin sedangkan mereka dari parti yang sama.
Menurut pandangan Baginda penolakan itu kerana kepentingan peribadi.
Sultan Selangor juga menolak anggapan Baginda tidak mahu seorang Menteri Besar wanita.
Baginda menjelaskan Baginda bukan menentang wanita memegang jawatan itu tetapi orang yang berkenaan mestilah ada kemampuan seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz.
- SUMBER
0 Response to "ADUHHH!!! Azmin Pasti Malu Dengan Pendedahan Sultan Selangor Ini!!!"
Post a Comment