Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Emma Maembong : Tajaan bulan madu ke London



KUALA LUMPUR: Pelakon filem Dalam Botol, Wan Raja (Saiful Redzuan Abu Bakar) sah bergelar suami kepada Yaya Maembong (Rabbiati Adawiyyah Ismail) sebentar tadi.
Majlis pernikahan diadakan di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang dan dihadiri keluarga terdekat serta sanak saudara.

Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi Ahad ini di Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) bertemakan bangsawan manakala di majlis sebelah keluarga Wan Raja di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma akan berlangsung tanggal 26 Disember ini.

Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL dan kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

Istimewanya pasangan ini turut mendapat tajaan bulan madu ke London.

Insan istimewa yang bermurah hati itu ialah adik ipar Wan Raja sendiri iaitu Emma Maembong. Emma sendiri mengesahkan perkara berkenaan cuma belum tahu tarikh tepat ke sana. Mereka juga berkemungkinan berbulan madu di sebuah pulau di Malaysia terlebih dulu.

"Perancangan asal nak ke pulau di Sabah. Tapi akhirnya kami mungkin berbulan madu di Pulau Tioman atau Langkawi. Mengenai bulan madu hadiah daripada Emma itu, sebagai abang ipar saya amat hargai budi baiknya. Alhamdulillah rezeki orang nak beri.

"Kalau jadi seperti yang dirancang dapat juga berjumpa saudara isteri saya di sana. Emma dan Cha Cha Maembong memang banyak membantu apa yang patut untuk majlis kahwin ini. Saya amat terharu," kata Wan Raja.

Pengantin ini juga cukup bertuah kerana mendapat tajaan daripada Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong.

Wan Raja tak lama lagi akan muncul menerusi drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3.

0 Response to "Emma Maembong : Tajaan bulan madu ke London"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *