HULU LANGAT - Beberapa gambar yang dipercayai kes buli yang melibatkan orang awam dan penjawat awam tersebar di laman Facebook.
Kenderaan rasmi Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Hulu Langat, Daerah Hulu Langat itu telah dipecahkan di bahagian cermin tempat duduk pemandu oleh lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi.
Kakitangan Jabatan terbabit sempat merakam gambar suspek yang keluar dari keretanya dalam keadaan yang marah dan memegang steering lock.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.
Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada 16 Disember dan telah membuat laporan polis.
0 Response to "Ko Ingat Ko Samseng Sangat Dah Ke Nih?? "
Post a Comment