Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Mia Sara Hipokrit !!! Kenyataan yang amat mengejutkan - Lapor Harian Metro



Terkejut juga setelah baca artikel di Harian Metro tentang pelakon kanak-kanak popular Mia Sara. Dengarnya Mia Sara macam berperangai hipokrit. Ini ada kaitan dengan kejayaan pelakon kecil yang hebat iaitu Putri Balqis. Tapi biasalah budak-budak, belum matang lagi.
Jom baca laporan penuh dari Harian Metro:

Bukan main berkerut lagi muka teman Cik Pang baru-baru ini membaca kenyataan pelakon kanak-kanak, Mia Sara mahu mencontohi kejayaan rakan seperjuangannya, Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.

Dalam artikel disiarkan akhbar harian itu, Mia mengakui turut mengagumi Balqis dan bangga dengan kejayaan diraih rakan seangkatannya. Cik Pang pun menegur teman itu tadi, mengapa sampai berkerut wajah membaca kenyataan Mia Sara. Lantas dengan nada kedengaran marah, dia menjawab tidak sangka pelakon cilik itu kini pandai hipokrit.

Cik Pang ternganga mendengar kata teman itu tadi dan menegaskan mengapa harus berkata begitu, bukankah Mia masih kanak-kanak? Budak-budak manalah pandai hendak bersikap hipokrit sebab mereka tidak pandai berbohong dan menyimpan perasaan. Itu kenyataan dan disahkan pakar psikologi.

Namun kata teman itu tadi, dia pernah tengok bagaimana Mia melayani Balqis sebelum ini sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi. Waktu itu Balqis hanya pelakon tambahan. Mengenali sikap semula jadi budak-budak, kata teman itu tadi, tentu mereka akan cepat 'klik', tetapi Mia langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis. Kata teman itu lagi, dia masih ingat apabila ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis, dia menolak de­ngan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.

Wah, betulkah begitu ceritanya? Namun pada Cik Pang, teman itu tidak perlu ambil hati sangat mengenai sikap Mia terhadap Balqis sebab budak-budak memang kuat buat perangai. Namanya pun budak-budak, fikiran belum matang.

Kadangkala kita yang tua ini pun perangai buruk lebih teruk berbanding budak-budak. Begitupun, kejayaan Balqis memberi semangat kepada Mia adalah perkara positif. Diharap mereka akan sama-sama membesar dan menjadi pelakon terbaik yang industri perfileman tempatan pernah ada.

Sumber: Metro

0 Response to "Mia Sara Hipokrit !!! Kenyataan yang amat mengejutkan - Lapor Harian Metro"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *