Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

APAKAH!!! Pesta Halloween Atau Pesta B#gel ? (Foto)





Zaman sekarang ramai Melayu sudah berubah. Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi sudah sampai ke tahap hilang ingatan! Melayu sekarang tidak sama dengan Melayu dahulu. Melayu dahulu patuh pada agamanya, patuh pada bangsanya dan sayang akan negerinya. Melayu sekarang (segelintirnya) bukan sahaja sudah lupa akan bangsa dan negaranya malahan juga kepada agamanya.


Melayu sekarang suka buat kerja karut marut untuk meraih populariti, mendapatkan wang ringgit, mendapatkan kuasa, mahu menjadi moden tanpa mengira ajaran agama dan budaya bangsanya.

Sebab itu Melayu sekarang sudah rosak dan lemah! Bukan kerana bangsa Melayu itu lemah tetapi kerana Melayu itu sudah lama tinggalkan ajaran agamanya iaitu Islam.

Ingat, Saidina Umar pernah berpesan : “orang Islam itu kuat kerana adanya Islam”. Bagaimana kita mahu kuat kalau Melayu itu tinggalkan Islam?

Kalau baru-baru ini kecoh serata Malaysia tentang program pegang anjing secara sengaja, sekarang pula timbul isu Melayu mahu sambut pesta Halloween.

Pesta menjadi hantu yg hanya diamalkan di negara negara Barat sahaja. Sekarang, oleh kerana mahu menjadi bangsa yg maju, Melayu sanggup buat kerja kerja karut dengan menyambut pula pesta Halloween itu di negara ini.

Saya tidak tahu apa tujuan sebenar pesta ini dibuat? Adakah mendatangkan seribu kebaikan jika pesta ini berlangsung? Saya langsung tidak nampak kebaikan yg timbul dari penganjuran pesta pesta sebegini. Apa yang saya nampak pemikiran orang Islam semakin lama semakin terjajah dengan kerenah kerenah orang Barat yg langsung tidak mencerminkan ketamadunan yg baik itu. Mengapa Melayu mesti ikut mereka?

Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w : “di akhir zaman nanti kamu akan ikut orang orang kafir ini sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu pasti akan ikut mereka.” Mari kita berselawat ke atas Nabi : Allahumma sollialamuhammad waalaalimuhammad.

Orang kita sekarang semakin lama semakin seronok mengikut sikap orang orang Barat walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Bukankah Allah menyuruh kita menjauhi syaitan dan jin? Mengapa kita mesti menjadi seperti makhluk itu? Mengapa kita mesti berpakaian seperti mereka? Mengapa kita mesti berkawan dengan mereka? Mengapa kita mesti suka meraikan mereka melalui pesta itu?

Sudah jelas di dalam Islam yg Allah meminta kita membaca ayat istiazah untuk menghindari syaitan tetapi mengapa kita mahu mendekatkan diri kita dengan syaitan? Adakah kita sudah bertukar menjadi setan?

Saya teringat satu kata kata Raja Louise ke 16 (Raja Peranchis) ketika ditahan di dalam penjara selepas tewas di dalam Perang Salib : “kita tidak mungkin dapat mengalahkan orang Islam dengan pedang dah darah kerana mereka berperang untuk mati tetapi kita boleh mengalahkan mereka dengan cara merosakkan pemikiran mereka.”

Sudah terang lagi bersuluh bahawa umat Islam/Melayu di Malaysia sudah diserang pemikirannya dengan perkara perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran agama. Oleh sebab itu mereka tidak takut untuk melakukan perkara yg karut marut seperti pegang anjing dengan sengaja dan menyambut pesta Halloween ini. Ini kerana pemikiran mereka sudah terjajah oleh musuh musuh Islam yg sememangnya berusaha keras untuk merosakkan Islam dari dalam.

Islam ini dirosakkan oleh musuh musuh Islam dengan cara menyuntik pelbagai aliran pemikiran sesat campur songsang di dalam masyarakat Islam dan akhirnya masyarakat Islam sendiri yg merosakkan agama Islam dari dalam.

Memandangkan masyarakat Islam itu sendiri cetek ilmu pengetahuannya, maka mereka mudah terpengaruh dengan suntikan aliran pemikiran songsang campur sesat itu.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada pembaca entri ini supaya membentengi diri kita dengan ilmu, amal dan iman agar kita tidak mudah terjerumus dan terikut ikut dengan aliran pemikiran songsang yg dibawa oleh pembenci pembenci Islam ini.

Ingatlah, mereka sesekali tidak pernah lupa untuk menghancurkan kita tetapi kita yg selalu alpa dan leka akan jerat yg dipasang oleh mereka. Wallahualam…

0 Response to "APAKAH!!! Pesta Halloween Atau Pesta B#gel ? (Foto)"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *