Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HARAPKAN MUKA JE CANTIK!!! TAPI KEJAMMNYA MENGALAHKAN SYAITAN!!!



 Mexico – Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?

Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandarIguala.

Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas diaditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.


Tetapi siapakah dia?


Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.

Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenalkerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsaberkenaan.

Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.

Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yangmati dibunuh.

Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.

Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.

Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan sertapembunuhan sebagai membalas dendam.

Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.

Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.

Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.

Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.

Pineda yang suka kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.

Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.Q

0 Response to "HARAPKAN MUKA JE CANTIK!!! TAPI KEJAMMNYA MENGALAHKAN SYAITAN!!!"

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *