Gambar hiasan |
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu.
Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT).
“Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.
Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung.
“Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum.
“Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.
Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu.
Ekoran kejadian itu, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara di sini, untuk siasatan lanjut selain merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dia turut menasihati individu terbabit supaya membuang kembali gambarnya dan beberapa wanita lain yang dijadikan mangsa hinaan di FB itu.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan berkata siasatan sedang dijalankan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11905#sthash.x98vluAG.dpuf
0 Response to "Gadis Bertudung Trauma Gambar Bertudung Tapi Terserlah Kini Tersebar !"
Post a Comment