EH!, Majalah Urban No 1, akan menganjurkan Konsert EH! ulang tahun ke-15 yang dipersembahkan oleh The Body Shop untuk pembaca setia pada 8 November 2014. Konsert ini akan diadakan di KL Live, Live Center dengan persembahan barisan artis-artis tempatan Hafiz, Forteen, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Altimet, Adira dan Alyah.
EH! juga akan meraikan selebriti Yang Anggun & Disenangi di acara tersebut. Setiap tahun acara EH! Yang Anggun & Disenangi meraikan barisan selebriti baru. Namun, kerana tahun ini EH! meraikan ulang tahunnya yang ke-15, EH! membuat keputusan untuk meraikan 15 selebriti tempatan popular. EH! 15 Yang Anggun & Disenangi dipilih berdasarkan pencapaian dan sumbangan mereka kepada industri hiburan. Mereka adalah Lisa Surihani (duta The Body Shop), Diana Danielle, Dayang Nurfaizah, Tiz Zaqyah, Awal Ashaari, Nora Danish, Nabila Huda, Neelofa, Sazzy Falak, Fouziah Gous, Fathia Latiff, Hafiz, Bront Palarae, Keith Foo dan Nazim Othman. 15 selebriti yang diraikan ini juga tampil sebagai penghias muka hadapan istimewa Majalah EH! keluaran Oktober, terdapat dalam 3 versi muka hadapan berbeza yang memaparkan lima selebriti setiap edisi.
EH! edisi Oktober 2014 juga merupakan edisi EH! paling tebal dalam sejarah penerbitannya. Tidak hanya menampilkan 15 selebriti di muka depan, malah lebih 50 selebriti, pereka fesyen dan jurusolek selebriti lain turut menghiasi beberapa ruangan istimewa edisi ini.
Tiket konsert dijual pada harga RM50. Eksklusif untuk pelanggan The Body Shop, (yang juga menyambut ulang tahun ke-30), tiket akan dijual pada harga RM10 dengan sebarang pembelian produk The Body Shop di sekitar Lembah Klang. Juga terdapat 1,000 pek eksklusif Majalah EH! keluaran Oktober yang mengandungi tiket konsert untuk RM 17 (RM7 untuk Majalah dan RM 10 untuk tiket) di Borders, Popular, MyNews dan Times Bookstores yang terpilih. Senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian boleh didapati di laman web EH!, www.eh.com.my . Pek ini terhad, sementara stok masih ada.
Juga sempena Ulang Tahun EH! ‘s ke-15 tahun ini, buku kecantikan – EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti, yang memaparkan rahsia kecantikan 15 selebriti telah dilancarkan pada bulan Mei kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama - PORTAL BUDIEY.

Berikut ialah enam keping gambar menarik Nur Fazura menggayakan busana paras peha di konsert berkenaan. Cukup mengancam dan memikat hati.
p/s : Semua gambar diambil dari ruangan komen forum CARI.
0 Response to "6 Gambar Fazura pakai busana paling mengancam paras peha di konsert ulang tahun majalah EH! ke-15"
Post a Comment