Pada era globalisasi ini, pelbagai cabaran yang datang dengan perkembangan teknologi semasa pada hari ini. Terutama sekali adalah laman sosial. Laman sosial pada hari ini dilihat sebagai perkara yang sudah menjadi perkara wajib bagi golongan muda.
Laman sosial mempunyai pelbagai kebaikan namun keburukan dilihat lebih banyak kepada anak muda pada hari ini. Bukan laman sosial sahaja, kehadiran telefon pintar juga membawa pelbagai kesan negatif kepada mereka terutama sekali dengan kemudahan kamera.
Mereka dengan mudah mengambil gambar-gambar panas mereka dan menyimpan gambar tersebut di telefon bimbit. Apa yang menjadikan perkara ini bertambah buruk adalah mereka dengan selamba mengongsi gambar-gambar peribadi mereka kepada rakan-rakan yang kemudiannya tersebar secara meluas.
0 Response to "Anak Muda Terkulai Layu Dek Laman Sosial "
Post a Comment